Selasa, 16 Februari 2010

Masaalah kecilpun tak dapat dilengsaikan!!!


Shah Alam di bawah mereka ber3
<<>Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga Shah Alam(pakai tudung berkaca Mata)
<>>Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam(tengah-tengah)
<>>Yakoob Sapari ADUN Kota Anggerik Shah Alam(baju merah)


Dulu!!!!

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Kini!!!!

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Siapa yang ingin jadi hakim sebenarnya!!!
Selamanya Kepala Lembu



Masing masing sibuk dengan tugas harian tak kira siapapun dia,bagi mereka yang peka dengan keadaan sekeliling ,pasti sedar keadaan yang  berlaku dikawasan mereka atau mereka selesa dengan sikap tak payah ambil tahu kerana bukan tugasnya
Bagaimana pula para pemimpin yang dipilih pada pru 12 lalu,sibukah mereka  sampai tak ada masa untuk melihat kawasan,atau hanya turun kawasan untuk perasmian satu-satu majlis rakyat sahaja


Photo ini menunjukan pokok-pokok yang tidak dijaga dan dibiarkan menjadi hutan simpan kecil ditengah-tengah jalan dari bulatan Jubli Perak ke bulatan Andalas
(Shah Alam)

Jika dilihat dengan teliti,bahawa ada kemungkinan pokok-pokok kecil ini tidak pernah diurus selama pkr ambilalih tampok pemerintah diselangor

Sesibuk macammanapun !! kenalah lihat lihat sikit jika lalui jalan yang pokok bunga berdiri tu,Lgipun dari pejabat ADUN Batu Tiga Yb Puan Rodziah Ismail nampak dilihat ia menunjukan bahawa dekatnya
Jika yb Rodziah balik rumah pun mesti lalu jalan ini.tiada alasan untuk berdalaih


(photo 16 2 2010)
Agaknya disebabkan papan tanda ini dilindungi oleh pokok .maka tidak nampaklah permasaalahan dilaluan Yb Rodzian Ismail,Yb Yaakob Sapari,Yb Khalid Samad atau buat-buat tak nampk?


(photo 16 2 2010)
Takkan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam tak penah pijak kaki kat dewan diatas ,,dah pasti tak penah pijak""""".... sebab tu lah mereka tak nampak rumput yang panjang kat sebelah dewan,,rasanya mereka tunggu ada penduduk mati kerana dipatuk Ular dari kawasan ini,,,!!!!!"""" barulah sibuk nak bertindak


(photo16 2 2010)
Ada kemungkinan ketiga-ketiga yb yang diundi dalam Shah Alam ini tidak peka dengan papan tanda ini
kerana mereka ada pemandu,Jadi yb kenalah tanya pada pemandu nampak tak ? arah mana !!!>>>>


Dalam kawasan sendiri pun tak ambil peduli dengan keadaan, bagaimana pula mereka ini hebat didada akhbar menceritakan pembangunan dan kebajikan untuk rakyat dimata masyarakat luar.rakyat tempatan pula tidak lah rasa sangat kebajikan yang diwar-war kan oleh mereka


Apabila melihat tiga gerai ini..Apakah ini satu pembangunan yang digahkan oleh yb kota anggerik Shah Alam 
Inilah pembangunan dan kebajikan untuk rakyat.Takkan tiga gerai untuk 3 ribu rakyat
Gerai ini berada diseksyen 18 Shah Alam
( photo 16 2 2010)


Undilah Pas.Takkan dah kempen kot..Photo 16 2 2010

Pada wakil rakyat yang suka bercakap dan bercakar,rakyat sudah muak dengan bermuka-muka dan lidah biawak,namun tangan berat untuk menghulor

Apakah alasan ?
Apakah teeeemmmmmmmberang mereka selama ini tidak difikir baik dan buruknya oleh rakyat...


Posted on Isnin, Julai 27, 2009 by PAS Kawasan Jerai
SHAH ALAM, 26 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.
 

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.
 

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.
 

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.
 

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.
 

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.
 

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.
 

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.
 

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Pesta buku negeri Selangor pada tahun ini bakal menarik 200,000 orang pengunjung dan 114 buah penerbit bakal menyertai Pesta Buku yang diadakan sejak 24 Julai lalu hingga 3 Ogos ini.
 

"Penyertaan para penerbit buku menunjukkan peningkatan yang berlipat kali ganda pada Pesta Buku ini. Di mana pada tahun 2006, tidak lebih daripada 40 penerbit yang menyertai Pesta buku," ujarnya.
 

Katanya, dengan cara ini, usaha kerajaan Negeri untuk memningkatkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negeri ini menunjukkan peningkatan khasnya masyarakat di sekitar Shah Alam terutamanya di Selangor. - mks._
 
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21905&Itemid=1]

Apa yang aku lapor adalah benar











Pelajar UiTM ,,,Mohammad Bakri yang dilangar ADUN dalam keadaan stabil

Jika diamati keadaan Mohamad Bakri Mohd Bazli mangsa yang terbabit dalam kemalangan motorsikal minggu lalu berada dalam keadaan stabil dan sihat namun ingatan masih belum pulih 
Semasa penulis dan rakan  melawat beliau dihospital kelang, bapanya ada disisi Mohamad Bakri manakala ibunya difahamkan telah balik kampung untuk beberapa hari.
Syukur Allhamdullilah kerana penulis dapat melihat sendiri keadaan Mohamad Bakri, pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur di UiTM Shah Alam telah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pancuan empat  roda yang dipandu olih Ng Suee Lim  dipersimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7, Shah Alam, minggu lalu, menyebabkan mangsa cedera parah dikepala 
Penulis hanya meminta bapa Mohamad Bakri banyak-banyak bersabar dengan dugaan Allah.Penulis juga sempat merenung wajah bapak Mohamad Bakri dan kelihatan beliau adalah insan yang tabah menghadapi ujian Illahi
Kepada Muslimin muslimat marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Mohamad Bakri serta Seluruh Ahli keluarganya agar tabah menghadapi ujian yang sedang dialami,berilah bantuan kebendaan selain dari doa dan keraplah bertanya khabar muga dengan cara itu dapat melegakan ahli keluarganya yang sedang diuji Allah