Rabu, 2 September 2009

UNTUK KHALID SAMAD DAN PENDUDUK 23 JUGA UMAT ISLAM




Hishammuddin dituduh menyebelahi pembantah kuil

Nazri Abdullah
Thu | Sep 03, 09 | 11:35:34 am MYT
SHAH ALAM, 3 Sept: Exco kerajaan negeri Selangor, Dr.Xavier Jayakumar hari ini akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu bantahan pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri, kerana telah campurtangan siasatan polis apabila membuat pertemuan dengan kumpulan protes mengarak kepala lembu 28 Ogos lalu sedangkan lembu adalah dianggap suci di dalam agama Hindu.

Laporan itu akan dibuat di balai polis IPD Petaling Jaya (PJ New Town) jam 12.30 tengahari ini.

Semalam Xavier Jayakumar meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau letak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi kumpulan yang terlibat dengan demontrasi kepala lembu minggu lalu.

Selain Xavier, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut mencabar Menteri Dalam Negeri itu bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

CSI PAS BOLEH DIDAKWA

JANGAN LUPA KAJI KATA KATA KHALID SAMAD,JIKA ADA PERUNTUKAN UNDANG UNDANG,SAMAN SAJE DIATAS KENYATAAN BELIAU

mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan.

Mereka dikebalkan

sehingga mengugut

penduduk yang mempersoal

tindakan mereka," katanya.

Tanpa menyebut nama-nama

mangsa, Khalid juga

menjelaskan bahawa

beberapa saksi kejadian yang

tampil membuat kenyataan

sudah diugut serta diarahkan

meninggalkan kediaman mereka, di sini.

SEC 23


















JANGAN BERLAGAK NAK JADI CSI JIKA TIDAK CEKAP BIARLAH POLIS BUAT KERJA
DAN KINI MEREKA YANG DI BOHONGI SEDANG MENGKAJI UDANG UDANG UNTUK MENYAMAN MEREKA YANG BERKAITAN DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN PALSU

LAPORKAN PADA POLIS

Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah
Dzulfikar Mashoor
Wed | Sep 02, 09 | 3:52:10 pm MYT
SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah
terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu
siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa
diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti

siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir

kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.

Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.

Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor

Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim

(berbaju hitam berlogo PAS).(gambar bawah)

Berdasarkan klip youtube tersebut,

Nadzham mendakwa bahawa dalang

sebenar perhimpunan terbabit adalah

Pengerusi Penaja Umno Cawangan

Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas

Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain

(dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili

Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

"Kalau dah ada Ketua Penaja Umno

(cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala

demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?" kata Nadzham.

Image"Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)."

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas,

Up-Town Shah Alam.

"Dia (Azmir) salah seorang yang

kuasai Up-Town Shah Alam.

Itu sebab walaupun penduduk

setempat membantah (dan)

pungut tandatangan bantahan

disebabkan (bunyi) bising-bising,

sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan);

sebab Dato' Nawawi di belakangnya," katanya lagi.

Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS.

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba

menyamar sebagai pemuda PAS

dalam demontrasi ekstrem tersebut

adalah bekas Bendahari Pemuda

Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti

klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut

turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.

ImageSumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa

penduduk tempatan tidak mengenali

Ibrahim Sabri yang

mendakwa sebagai

Timbalan Pengerusi

Badan Bertindak Penduduk

Seksyen 23 di sini; sehinggalah

sebuah akhbar harian membuat

liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta

kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga

mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah

apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk

mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu.

Image"Sepatutnya dia

(Ibrahim Sabri)

sebagai penganjur

menasihati supaya

kepala lembu berdarah

itu tidak dibawa bersama perarakan itu," katanya.

Ibrahim turut didakwa

cuba mencari helah

untuk mengelakkan

Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata:

"Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka

perhimpunan yang diadakan itu di hadapan

bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada

orang yang membawa kepala lembu."

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu

'berdarah' itu tidak pernah dibincangkan di peringkat


Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Namun rakaman Youtube Malaysiakini,

membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem,

kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu

yang segar berdarah itu.

"Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23

(Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan

berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis

(terkorban), walau darah mengalir; kami tetap

pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada

dibina kuil,� kata Ibrahim sebagaimana yang

dirakamkan dalam video itu.

ImageAgendadaily melaporkan,

Timbalan Pengerusi Badan

Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata,

"Jangan tuding jari

pada pihak lain (Umno),

saya sendiri lawat tapak

di Seksyen 23 pada 18

Ogos lalu untuk terima

memorandum bantahan

yang hendak diserah kepada Perdana Menteri."

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya

18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan

penduduk dengan mendapatkan injunksi

Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri

membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai

mainan politik Pakatan Rakyat negeri,

demi mengetepikan bantahan penduduk

setempat Jumaat lalu.

Semalam, Naib Presiden PAS

Dato' Mahfuz Omar pada satu

kenyataan akhbar di Pejabat

Agong PAS berkata, "Saya lihat

bahawa isu ini ada kepentingan


politik kepada Umno Barisan

Nasional dengan mengadu domba

hubungan antara kaum yang harmoni

dalam negara kita untuk mencetuskan

suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka."

ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.

"Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng

terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin)

sedangkan samseng-samseng itu jelas

membelakangkan undang-undang dalam isu ini."

"Saya tahu bahawa yang bercakap itu

(demontrasi kepala lembu berdarah)

bukan mewakili penduduk setempat

(Seksyen 23). Saya sedih melihat

bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka.

Image"Orang-orang sebegini

sepatutnya sudah lama

dikenakan tindakan

undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam,

mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan.

Mereka dikebalkan

sehingga mengugut

penduduk yang mempersoal

tindakan mereka," katanya.

Tanpa menyebut nama-nama

mangsa, Khalid juga

menjelaskan bahawa

beberapa saksi kejadian yang

tampil membuat kenyataan

sudah diugut serta diarahkan

meninggalkan kediaman mereka, di sini.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih

menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.

Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan

bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada

penganut Hindu berhubung insiden tersebut

ImageWartawan Harakahdaily, yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam mendapati Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.

Dua penduduk yang membuat kenyataan kepada Harakahdaily 30 Ogos lalu memeberitahu, diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.

Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan

Polis, kedua-duanya memberikan

alasan takut terus diancam pihak terbabit. _

PERKATAAN MERAH ITU BOLEH DIKAJI UNTUK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ORANG DALAM GAMBAR DAN HARAKAH DAILY

KERANA KATA-KATA YANG DIKELUARKAN ADALAH SESUATU YANG AMAT SANGSI

Lelaki baju biru jeans dalam bulatan merah itu bukan orang politik dan bukan pemuda umno seksyen 8,kerana usia beliau sudah lebih 55 tahun,

ImageImage