Isnin, 26 Oktober 2009

ADUN BATU TIGA TAK NAMPAK GAJAH DIKAKI KUMAN DISEBERANG LAUT DICARI


Kerajaan Selangor mendesak kerajaan persekutuan supaya menyediakan satu plan tindakan  bagi menyelesaikan isu pencabulan seksual terhadapap kanak kanak dan wanita kaum Penan diSerawak pada masa hadapan

Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kebajikan.Hal ehwal Wanita,Sains Teknologi dan Inovasi Keluarga dan Masyarakat.Yb.Rodziah bin Ismail berkata,perlu mengambil tindakan segera bagi mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masaalah berkenaan

Katanya lagit;saya mengikuti isu ini secara serius dan menyokong kumpulan sokongan penen di Serawak dan amat memahami dengan keperluan mendesak yang timbul
jesteri itu mengesa supaya kementerian berkenaan mencari cara terbaik unruk menyelesaikan isu berkenaan,katanya disidang media disini semalam

Yb Rodziah atau popular dengan pangilan manjanya kak Ogy 375 banyak pakai kaca mata hitam dari yang putih.sebab itulah dengan masyarakat setempat adakalanya bersikap acuh tak acuh dengan isu isu masyarakat yang patut diselesai secara harmoni

Apakah ini menjadi trend kepada beliau untuk mencari publisity dengan jawatan yang dia pegan dengan sikap Gajah dikaki tak nampak , kuman diseberang lautan dicari.Apakah beliau juga boleh di level sebagai pemimpin biawak hidup dalam pakatan haram selangor?

Isu Rumah Berhala Hindu diseksyen 23 Shah Alam beliau tidak bersikap bijak dengan masyarakat,tidak berjumpa,berbicang.tidak membantu malah dibiarkan menjadi kecoh barulah nak bersuara

Beliau lebih suka menceritakan desakan keatas kementerian berkenaan dengan isu kaum penen supaya lapuran jawatan kuasa bertindak peringkat kebangasaan dikeluarkan

Kenapa Yb 375 ini bersungguh sungguh dengan isu luar kampung ,sedangkan kampung sendiri tunggu tergadai ditangan sendiri.Masyarakat seksyen 23 telah banyak kali memohon bantuan untuk mengadakan program kemasyarakatan  setempat namun tidak dilayan malah mengeluarkan kata kata yang menyinggung perasaan mereka"seksyaen 23 ni tak ada lain asyik mintak duit aje" Padahal selama beliau memegan jawatan sebagai Yb ,tak ade ape yang mereka bantu malah menyusahkan masyarakat adalah

Sikap beliau inii membuat masyarakat tawar hati dan kesal kerana telah memilih pemimpin yang suka menanam tebu dibibir manakala lidah pula dipalit madu hinggakan gigi tak gosokpun  berbau wangi

Masyarakat juga sudah jemu dengan sikap beliau,kerana lepas tangan dalam isu rumah Berhala Hindu pada Yb Khalid Samad.Apakah masyarakat yang pernah undi beliau ini," undinya sudah dibatalkan atau tak sah

Wahai Yb 375.utamakan dulu rakyat tempatan,manakala yang lain itu sebagai kemanusia antara manusia.Itu pun jika kamu manusia
Jangan dok salak bukit.nanti kamu yang disalak oleh rakyat

NIK AZIZ VS HJ.HADI SIAPA YANG LEBIH MENJADI

Nota :- Kpd pecinta N.Aziz, dapat kiranya baca pandangan berbeza dari kem anda sendiri... PAS perlu kuat demi mengawal tindak tanduk DSAI yg kelak jika menang PRU13 akan dinobatkan sebagai PM 7, Sanggupkah kita semua menerimanya? Sy lebih rela jika Ust Nasaruddin menjadi PM dari seorang peliwat tegar yg asyik lari dari mahkamah. Ayuh kita tuntut keadilan untuk Saiful, rakyat perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku, apakah nasib Kak Wan Azizah memang benar bermadu atau lebih malang lagi bermadu dan berkongsi kasih bersama lelaki jambu-jambu belaka. Keadilan untuk Saiful, kekalkan ISA hapuskan penjual agama dan peliwat tegar.
Jika najib dgn altantuya, maka AnuWar dgn saiful serta ramai lagi coffe maker merangkap pembantu khas.




ps. Utk artikel dibawah, sy rasa inilah akibatnya mengikut orang kafir, maka akhirnya jemaah PAS akan berpecah belah. Hudud hilang etah kemana, yang tinggal PAS for all, bukan lagi islam the way of life. Sy harap anda semua tidak kecewa apa yang berlaku, elok benarlah jika semua permasallah ini dirujuk kepada Khalifah Lim Guan Eng yg diangkat darjatnya oleh N.Azis, selepas Guan Eng berjaya menghafal hadis Nabi saw. Selamat membaca dan berlapang dada.

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?

Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) adalah ditegaskan mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ulangan: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekarang rasanya ada keperluan untuk tidak memperbaharui kedudukan beliau di situ). Dari segi lama memerintah beliau sudah hampir menyamai lamanya rekod Mahathir, Isa Samad dan mungkin juga mendiang Deng Xiao Ping. Kalau alasannya untuk terus memerintah kerana dapat buat pahala, maka tidakkah itu semacam menutup peluang orang lain untuk buat pahala juga?

Kecenderungan Mursyidul Am sekarang mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut memualkan. Bukan sahaja beliau galak menyokong tokoh-tokoh berpalit mungkar, beliau ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata. Usah bicara lagi tentang taghut dan kejahatan zionis.

Cerita-cerita tentang ketidakberdayaan beliau untuk mengawal tokoh tertentu di Kelantan semakin riuh kedengaran. Insya-Allah senjata akan makan tuan. Silakan panggil muktamar khas. Bincangkan dengan terbuka. Presiden boleh menjelaskan secara terang-terang mengapa beliau kian ragu dengan 'orang itu'. Banyak yang boleh dijejerkan. Pujian 'orang itu' buat Salman Rushdie (pencaci Nabi Muhammad saw) sebagai profound sudah memadai untuk menggetarkan serta meremukredamkan hati kita yang benar-benar ikhlas dengan Rasulullah saw.

Saya ingin bertanya, adakah keperluan menyingkir Haji Abdul Hadi Awang? Apakah manfaat yang akan didapati? Apakah mudarat yang mungkin kita tempuhi? Adakah hasrat beliau memanggil muktamar khas itu kerana mendengar 'hasutan' parasit luar? Tidakkah boleh dia bertenang dari melenting melatah menulis dalam blog sehingga ditertawakan oleh musuh?

Jika dengan memanggil muktamar khas tersebut, Presiden akan tersingkir, di mana pengaruh 'orang itu' dan segala macam kebatilannya akan terus dipertahankan, maka silalah lakukan. Itu akan mempercepatkan kehancuran sebuah gerakan Islam.

Maka hati siapakah yang akan puas dan menang dengan kepunahan tersebut?





--------------------------------------
Nampak saja kuat agama

DR. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti perlis.

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam. Tidakkah kita selalu membaca hadis: Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Jawab mereka: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". Sabda baginda: "Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka (Riwayat Muslim).

Dalam hadis lain Nabi SAW menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai 'pakaian agama' dan mengutip wang daripada orang ramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati. Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi SAW menyindir perbuatan ini dengan sabdanya: Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak 'agama' tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu 'Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran. Dia digelar Nuh al-Jami' bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: "dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar". (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr). Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa'id: "Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas Rasulullah SAW boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam" (Hammam 'Abd al-Rahim Sa'id, Al-Tamhid fi 'Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan). Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi SAW dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi SAW: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah puak Khawarij. Kelompok ini Nabi SAW sifatkan seperti berikut: ...Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah". Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada mereka: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir. (Surah al-Maidah, ayat 44). maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir. Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida Ali bin Abi Talib. Selepas zaman Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam. Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi SAW menyebut tentang mereka: Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat. (Riwayat al-Bukhari). Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi SAW memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jemaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan. Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal daripada membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

DARI EMAIL YANG DIHANTAR OLEH INSAN YANG TAK DIKENALI PADA CCTV
photocctv.blogspot.com
Lihat photo