Rabu, 27 Januari 2010

Sokongan Terhadap Zulkifli Noordin

 Laporan Polis terhadap Khalid Samad Mempertikai Enakmen Agama Islam Negeri Selangor Dan Menyokong Tindakan YB Zulkifli Noordin
Pada Hari Ini 28/1/2010



            Tahniah Zulkifli Noordin!


KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu.
‘‘Tidak apa saya tunggulah sebulan apa yang hendak dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana ia dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan parti, itu hak mereka, tetapi saya juga ada hak.
‘‘Malahan saya tidak perlu pun tunggu sebulan untuk mengambil pendirian dan membuat keputusan, saya ada pilihan berbuat demikian tanpa menunggu jawatankuasa disiplin,’’ katanya.

Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju dengan pendirian Zulkifli Noordin - pandangan beliau sering kali tidak selari dengan barisan kepimpinan partinya : yang jelas beliau meletakkan kebenaran sebagai garis panduan untuk beliau berpolitik. Sekurang-kurangnya, beliau akan mula memahami - bertapa sukarnya mahu melafazkan kebenaran dalam dunia politik Malaysia. Apa-apa pun tahniah Zulkifli Noordin!!!

Selamat berjuang Zulkifli bin Noordin  Buat rakan rakan dalam perjuangan UMNO ketepikan sementara fahaman politik ,mari sama-sama mempertahankan apa yang dijuangkan oleh yb Zulkifli Noordin