Rabu, 9 Disember 2009

Nafsi-nafsi bangsa melayu kian tinggi

Selesa dengan kedudukan,harta,pangkat dalam sesebuah institusi kerajaan dan suasta menggikut pada kelulusan yang ada


Melayu era ini juga  banyak berubah perilakunya dari sudut akhlak yang disuntik oleh nenek moyang mereka.Jika dulu Melayu terkenal dengan sifat jati diri dan akhlak peradaban yang tinggi baik dengan,Agama , Bangsa,Negara


Melayu era lama sungguh dikenali oleh dunia kerana masyarakatnya memiliki perilaku prososial yang tinggi seperti tercermin dalam perikehidupan yang rukun,  saling tolong menolong, saling bekerja sama, saling mensejahterakan, dan penuh keramahan bukan sahaja dengan bangsa sendiri
Disaat Melayu memiliki prososial yang tinggi.disaat itu ramai Melayu yang menggamalkan Peha kanan dan kiri itu sama- sama rasa sakitnya`. jika dicubit.Sifat ini telah dilihat terhakis disaat ilmu yang diharapkan dapat membentuk keperibadian murni bangsa telah ujud


Kehidupan nafsi-nafsi telah menular bagaikan barah yang tiada kesudahan dan nilai nilai murni kemasyarakatan terhakis bagai pantai dipukul Ombak 

Tembok tembok pemisah antara meskin dan kaya terujud dengan tidak disedari.Apakah ini boleh diroboh ranap jika bangsa Melayu sendiri mula ketara cakarannya demi kedudukan dan poket - poket kroni sendiri



Akhir-akhir ini banyak Melayu
harus mengernyitkan dahinya untuk dapat memahami berbagai fenomena antara bangsa-bangsa yang ada dalam Negara sendiri.Mengapa mula hendak menggedutkan Kening dan Dahi untuk memahaminya,sedang kan asas juangan bangsa yang telah ditinggal oleh nenek moyang telah ada,Atau terlalu banyak menyayi lagu anak kecil main api,terlupa pula lagu Negara ku serta rukun Negara .Maka perlembagaan  serta kontrak sosial untuk diri mula dilupai

Dimana  dinamiknya  sosial yang berkembang dalam masyarakat. Jika melayu telah dijajah tawan oleh kealpaan periuk sendiri

Memang diakui oleh para cerdik pandai dulu kini,bahawaNilai merupakan sesuatu yang susah untuk dijelaskan kerana ia amat abstrak sehingga rumit untuk dirumuskan ke dalam suatu pengertian yang  memuaskan.pada diri mahupun pada orang lain

Hinggakan ada anak muda yang berkata..Cukuplah dengan menjaga maruah bangsa,Agama ,Negara.Porsoalanya ..mana anak muda disaat apa yang mereka akui itu diPersoalkan oleh orang lain yang nenek moyang hidup   sebagai tahap PR sewaktu dulu