Rabu, 11 November 2009

Tak cukup Taklik ditambah dengan Bai`ah

Kenyataan Zulkifli tidak bertanggungjawab



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad menyifatkan kenyataan terbuka oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin berhubung isu bai’ah Pas baru-baru ini sebagai tidak bertanggungjawab.

CCTV: Jika orang lain yang mengeluarkan kenyataan yang bau bau  belacang dengan lubang hidungnya "dia kata tak betul tak bertanggungjawab.Siapa yang tanggung masaalah ini? orang yang mendedahkan permasalahan ini adalah KAU.jadi kenapa Zulkifli Noordin yang dikatan tidak bertanggung jawab. Buat apa Zulkifli Noordin nak ambil beban oranglain. Betulah Zulkifli Noordin tidak akan bertanggungjawab keatas pendedahan kau wahai Khali Samad

Khalid Samad, Zulkifli tidak sepatutnya membuat kenyatan tersebut kerana boleh disifatkan sebagai percubaan menggambarkan Pas sebuah parti yang sanggup menjatuhkan talak tiga dan mengetepikan hak-hak isteri semata-mata kerana politik.


CCTV: Jadi bai`ah yang dilakukan oleh wakil rakyat Pas itu bukan kerana politik atau menyokong politik.Yang sanggup melakukan baiah itulah akan menjadikan aib Pas lebih besar nanti, jika ada berlaku pencerain talak tiga

Khalid Samad "Sumber beliau adalah dari sumber yang langsung tidak boleh dipercayai. Saya minta Zulkifli untuk tarik balik kenyataan beliau. Bai’ah adalah hal peribadi, janji seseorang kepada tuhan dan tidak elok untuk bercakap secara terbuka.

CCTV: Tak cukup dengan taklik yang sedia ada dalam hukum nikah.maka tambah pula dengan bai`ah.Percayalah ada yang mengatakan macam tak percaya jodoh dan ketentuan maut dari Allah..Apa apa yang di buat oleh Pas tak akan dapat mengekalkanya

Khalid Samad“Saya tersilap bercakap mengenainya (pada seminar politik Pas) dan disalah-ertikan oleh sesetengah pihak. Saya bercakap mengenainya kerana banyak kenyataan dalam blog yang salah dan bermacam-macam, jadi saya cuba menjelaskannya,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen semalam.

CCTV: Khalid Samad tak usah mencerita atau akui kesilapannya kerana umumnya tahu bahawa beliau banyak buat silap dan banyak cakap hinggakan kenyataan beliau lebih banyak dari Mb Selangor.Jadi eloklah cerminkankan diri dulu sebelum buat

Khamis lalu, Khalid mendakwa wujudnya amalan bai’ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

CCTV: Semuga Allah membuka pintu Hati para isteri  wakil rakyat Pas yang suaminya telah bai`ah.untuk menyatakan sesuatu yang benar dimana mana Akhbar negara.Dipercayai ada yang tak puas hati dengan sikap suami mereka Insaalah akan ada yang tampil,Kerana Allah juga dedah yang buruk itu bukanlah Allah dedah yang baik sahaja

Sementara itu beliau berkata, baiah dilakukan untuk memastikan seseorang itu tidak mengkhianat kepada parti, rakyat atau isteri.

       “Bai’ah ini boleh berbentuk bermacam-macam, seperti bai’ah orang-orang UMNO yang berbetuk BMW dan rumah banglo mewah, jadi kepada Pas ia berbentuk lebih spiritual,” katanya.

     CCTV :Pasal kau tak dapat Khalid..tak percaya ,,,kalau kau tak nak..Kerana kau pun tahu setiap manusia itu ada kehandaknya.Hanya Allahlah yang mampu melunaskan kehandak manusia itu
Jadi setakat ini ,ada wakil rakyat Selangor yang merungut tak cukup duit..Apakah itu dikau tak mengerti

 Ditanya mengenai dakwaan beliau `tidak sebulu` dengan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Khalid menjelaskan ia adalah perkara biasa dalam sebuah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi.

CCTV: Jika permasalahan itu dari beliau ,,Khalid akan berkata ! biasalah itu kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi.Tetapi jika orang lain,,,, dialah yang mengatakan tidak menepati prinsip demokrasi.Jadi prinsip demokrasi Khalid Samad boleh bermasam muka atau menyakiti hati orang lain kerana politik

CCTV benci khalid Samad kerana prinsip demokrasi juga