Rabu, 9 September 2009

MEREKA SUDAH KENA TUDUH



Tiada satu OKT kes perarakan kepala lembu berdarah pada 28 8 09 mengaku bersalah apabila kertas pertuduhan dibaca pada mereka.kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin.ada yang 4 ribu ada yang 5 ratus dan 3 ratus
Urusan jaminan selesai pada jam 1600 lebih kurang.7 peguam bela dipihak OKT hadir dimahkamah.Orang ramai yang hadir untuk mendengar sendiri pertuduhan terhadap OKT rata-ratanya dari sekitar Shah Alam dan ada juga dari luar Shah Alam
CCTV sempat bertanya Khabar OKT , mereka semua tidak terkejut dengan keputusan mahkamah menetapkan nilai jaminan spt yang telah dihebahkan dalam Akhbar
Tiada kelibat cctv nampak para isteri OKT hadir atau cctv tidak berapa mengenalinya.sokongan moral penduduk pada OKT masih untuh kecuali peratusan yang amat kecil sahaja yang tidak menyokong tindakan mereka.yang kecil inilah dijadikan isu oleh Khalid Samad dan Rodziah Ismail


CCTV sempat meninjau keharmonian masyarakat melayu dengan lain bangsa yang tinggal dikawasan sama,masih bertegur sapa antara satu samalain.Cctv dimaklumkan bahawa ada bangsa India akan pindah keluar dari seksyen 23.Cctv tidak tahu sejauh mana kebenaranya juga apa sebabnya
Mengenai tapak baru yang diheboh dan yang diumumkan oleh MB selangor beberapa hari lepas agak jauh dan terlindung dari pemandangan masyarakat setempat.Cctv berpandangan,jika penduduk setuju dengan tapak baru,ada kemungkinan akan ada sedikit bantaha dari pihak jawatan kuasa kuil dengan cadangan tapak baru, kerana jaraknya dekat dengan loji najis.setakat ini tiada dengan ura ura bantahan dari jawatan kuasa Kuil
Pandangan peribadi cctv lagi.akan ada saman terhadap orang-orang pkr selepas ini.mengikut kebiasan, pada kes yang berlaku membabitkan orang-orang politik tidak mustahil akan berlaku saman menyaman

Cctv tidak berani mengulas lanjut dalam isu ini.lagipun mereka yang mengarak telah kena tuduh