Khamis, 17 September 2009

DS Khir Toyo diugut bunuh melalui sepucuk surat

Khir Toyo terima ugutan bunuh
Jimadie Shah Othman
Sep 17, 09
2:34pm
kemaskini 5.22pm Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Mohamad Khir berkata beliau membuat aduan polis pada 12.30 tengah hari tadi.

Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.

"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.

"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.

Dalam laporan Bernama, beliau berkata surat itu dibawa oleh pembantunya bersama-sama surat lain dan kad ucapan Selamat Hari Raya ke pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam pagi ini dan beliau
membaca surat ugutan kira-kira 10 pagi.

"Dia tulis di sana (salam surat ugutan) saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam... saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," beliau dipetik berkata selepas membuat aduan polis.

Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang menghantar surat ugutan itu, Dr Mohamad Khir berkata biarlah pihak polis yang menyiasat.

"Sebagai ketua pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan.

"Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau dilaporkan berkata ugutan itu ditujukan hanya kepadanya seorang sahaja.
sumber NALAYSIAKINI 

Ugutan bunuh terhadap bekas Menteri besar selangor DS Khir Toyo bukan bukan pekara yang boleh dilihat biasa.semuga dengan kecekapan pihak polis dapat menyiasat dan menangkapnya sebeberapa segera

Ds Khir Toyo perlu berhati hati dalam perihal keselamatan diri ketika dimanapun berada
Berdoa dan bertawakalah pada Allah,kerana dialah yang memberi keselamatan yang hakiki