Isnin, 5 Oktober 2009

PENDUDUK SEKSYEN 19 NAFI GELANGGANG PEWARIS PUNCA JALAN SESAK :

6 HB. OKTOBER 2009.
PENDUDUK SEKSYEN 19 NAFI GELANGGANG  PEWARIS  PUNCA JALAN SESAK :

Kami ingin mengulas lapuran yang keluar dalam Malaysiakini pada 7 September 2009. Pengurusi kuil mendakwa gelanggang NGO punca sesak kerana tapak parkir masuk kedalam kawasan gelanggang yang dibina pihak NGO pada 10/01/2009. Wakil Pewaris telah menafikan dakwaan Pengurusi kuil.  Kami bersetuju dengan jawapan wakil Pewaris jika kawasan itu tidak dipagar semakin banyak kawasan yang akan diceroboh lagi. Penduduk akur jika tapak gelanggang itu hendak diambil oleh pihak PKNS untuk dirikan rumah sebanyak 16 unit yang terggendala selama 20 tahun.

Dibawah ini kami sertakan sebab-sebab perlunya gelanggang dibina disitu: 

1.   Kami sertakan disini beberapa keping gambar yang diambil pada akhir tahun 2008. Penduduk terpaksa mohon bantuan NGO apabila situasi semasa pada masa itu sudah cukup kronik. Gangguan bising setiap hari lagu-lagu Hindu dipasang kuat, gangguan pemuda-pemuda Hindu yang melepak dan mabuk berkeliaran dikawasan berhampiran, dan ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil dibuat lagi walaupun penduduk telah dimaklumkan begitu lama kuil itu akan dipindahkan. Keadaan persekitaran menjadi lebih sesak apabila keramaian besar diadakan dikuil itu. Gangguan bising kumpulan bergendang yang ramai dengan pelbagai bunyi amat mengganggu ketenteraman penduduk. Jika diadakan keramaian gangguan bising akan kedengaran hingga ke jalan-jalan lain juga. Jadi kenapa pihak kuil dan YB Khalid Samad salahkan NGO yang datang membantu penduduk Islam? Kenapa pihak kuil tidak pernah memikirkan sensitiviti penduduk akibat gangguan mereka disitu? Mereka tahu penduduk tempatan menghubungi polis dan penguatkuasa yang datang membuat rondaan kerana gangguan yang keterlaluan semasa keramaian diadakan. Tetapi masalah yang sama terus berulang lagi selepas itu setiap kali keramaian diadakan dikuil itu. Hanya baru sekali sahaja pengurusi beritahu satu keluarga sebelum keramaian pada bulan Ogos 2009, beliau sudah mendakwa setiap kali buat keramaian akan beritahu penduduk? Walaupun beliau beritahu akan mengurangkan bising kepada keluarga itu, tetapi gangguan gendang bising dibuat juga pada 07/08/2009, malah pada jam 1 pagi mereka bergendang hingga terpaksa membuat aduan kepada YB Adun. Bila masanya beliau meminta maaf kepada penduduk? Penduduk menafikan dakwaan pengurusi kuil kepada Malaysiakini. Tidak ada hubungan yang baik antara penduduk dengan pihak kuil yang tidak tahu menghormati sensitiviti penduduk Islam yang tinggal berhampiran.   

2.  Penduduk yang tinggal disekitar kawasan kuil juga menafikan tuduhan pihak kuil mengenai gelanggang menjadi punca sesak tiada parkir kereta. Masalah gangguan pengunjung kuil yang suka meletak kenderaan dihadapan rumah-rumah penduduk berhampiran sudah berlaku begitu lama sebelum didirikan gelanggang lagi. Mereka bukan sahaja mengganggu hadapan pintu pagar penduduk tetapi sering mengganggu lalu lintas penduduk tempatan yang melalui Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Pengunjung kuil tidak peduli perasaan penduduk sekitar. Pernah berlaku pertengkaran penduduk dengan pengunjung kuil kerana gangguan yang berlaku. Penduduk terpaksa membunyikan hon panjang beberapa kali kerana kenderaan mereka telah mengganggu penduduk untuk keluar masuk. Hanya selepas banyak bantahan, pada 26/7/2008 dan 27/7/2008 ada RELA menjaga selama dua hari kawalan lalu lintas pada hari keramaian. Kawasan hijau masih luas untuk digunakan sebagai tempat pakir kereta, jadi jangan salahkan gelanggang senaman.

3.   Gelanggang NGO didirikan pada 10 Januari 2009. Selepas campur tangan NGO tiada keramaian diadakan dari Januari hingga Julai 2009. Jika tiada keramaian di adakan disitu kenapa salahkan gelanggang NGO punca sesak kerana tiada parkir?. Kunjungan kekuil sudah berkurangan selama beberapa bulan selepas campur tangan NGO disini. Semasa keramaian diadakan semula pada bulan Ogos 2009 mereka boleh pula mengawal lalu lintas menggunakan khidmat RELA. Sejak ada gelanggang, gangguan pemuda-pemuda Hindu yang melepak dan bising di Jalan 19/28 sudah dapat dikurangkan. Gangguan bising dan sesak pada hari keramaian  sudah dapat dikurangkan kerana tidak banyak khemah boleh dipasang dekat kuil itu lagi. Penduduk akan terus bantah jika mereka buat lagi keramaian yang bising hingga ketengah malam seperti yang berlaku pada bulan Ogos 2009 yang lalu.

4. Selepas keramaian diadakan semula pada bulan Ogos 2009 mereka kelihatan semakin aktif dikuil itu sekarang. Semasa penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri September 2009, kuil juga mengadakan upacara mereka yang dikunjungi ramai penduduk dari kawasan lain yang bermula pada malam 19/92009 hingga 29/9/2009. Mereka kelihatan berkurangan pada hari Rabu 30/09/2009 mungkin disebabkan ada majlis kenduri dikawasan berdekatan. Namun begitu gangguan bising berlaku semula pada hari Jumaat 02/10/2009. Sejak 08/02/2009 sudah ada sami tinggal menetap dikuil itu. Setiap pagi bunyi loceng dan nyanyian lagu Hindu sering dipasang sami kuil.  Adakah kerana mereka semakin aktif semula dikuil itu sekarang maka mereka salahkan gelanggang punca tiada parkir untuk letak kereta? Kenapa mereka tidak menyalahkan kegiatan mereka disitu yang telah mengganggu ketenteraman penduduk? Pihak NGO terpaksa membina gelanggang untuk mengatasi masalah gangguan pengunjung kuil kepada penduduk Islam.   

5. Pengurusi Kuil mendakwa kuil itu berusia 100 tahun. Kuil lama yang ada disitu pada tahun 1988 terlalu kecil dan usang. Jadi, yang itu sahaja jika benar sudah berusia 100 tahun?. Bagaimana pula sambungan haram yang diubahsuai semakin besar menjadi bilik-bilik tanpa pelan dan permit PBT? Mereka yang bertanggung jawab mengubahsuai kuil itu menjadi besar walaupun arahan pindah ke Seksyen 18 sudah dikeluarkan pihak PKNS pada September 2003. Kenapa mereka tidak berpindah? Kenapa bekalan elektrik dan air dimasukkan selepas itu? Mereka tahu disitu adalah tapak rumah sebanyak 16 unit. Mereka tahu penduduk membantah kerana mereka mengganggu ketenteraman awam. Pada 04/08/2006 semasa kawasan tanah makin banyak diceroboh untuk besarkan kuil, wakil-wakil persatuan penduduk buat perjumpaan dengan Pegawai Penguatkuasa dan Jabatan Perancang MBSA. Pada petang itu penguatkuasa menunggu dari malam hingga kepagi di Jalan Ladung 19/28. Selepas itu selama dua mingu berturut pegawai penguatkuasa dan pegawai Jabatan Perancang MBSA membuat rondaan kekawasan kuil setiap hari. Pihak kuil tahu bantahan penduduk Islam. Jadi, kenapa terus buat ubahsuai besarkan kuil itu pada waktu malam dan cuti hujung minggu? Selepas aduan penduduk kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/07/2006, dua papan tanda telah dipasang pada bulan Ogos 2006. “Tanah Milik PKNS Penceroboh akan didakwa”. Apabila gelanggang dibina disebelah kuil, kawasan itu tidak boleh diceroboh lagi.

     Penduduk Islam sudah lama sedar usaha-usaha mereka untuk terus kekal disitu. Penduduk berharap pihak PKNS segera tunaikan janji untuk pindahkan kuil itu. Penduduk Islam sudah begitu lama bersabar dengan pellbagai gangguan emosi, pencemaran pemandangan, pencemaran bunyi dan pelbagai lagi. Penduduk Islam sudah lama berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran mengatasi masalah itu.  .
PENDUDUK ISLAM SEKSYEN 19 SHAH ALAM.