Khamis, 28 Januari 2010

YBK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MB SELANGOR

Apakah sebenarnya berlaku dengan kerajaan selangor dibawah teraju MB Khalid Ibrahim
Lepas satu ditambah satu hingga tidak terhitung masaalahnya yang timbul
Konsep negeri kebajikan nampaknya tidak menjadi,ini kerana tiadalah kehebatan kempen PRU 12 ditonjolkan dalam pentadbirannya
Kerajaan selangor gemar menuding jari pada pemerintahan lama buka mencari sesuatu keselipan yang dulu untuk diperbetulkan dengan sempurna dan akhirnya kerajaan selangor sekarang menjadi pujian rakyat kerana berjaya menanangani isu lama

Hari ini mereka sudah melampau dan bertambah melampau dengan menjadikan YBK satu isu untuk menutup kelemahan pentadbirannya

Dan akhirnya membawa kepada lapuran polis yang sedikit sebanyak menyusah diri dan dalaman pentadbiran krerajaan hari ini

Belumpun habis dengan isu kuil seksyen 23 Shah Alam.timbul pula Isu merampas dewan-dewan masyarakat yang dibina zaman pemerintahan kerajaan BN.Lagi ditambah dengan cabaran Khalid Samad terhadap JAIS dan MAIS, timbul lagi rasuah pasir

Padahal Isu tanah kubur orang Islam dirampas sebahagiannya oleh persatuan kubur cina belum lengsai-lengsai lagi itu tak termasuk isu yang mati jatuh bangunan selepas disiasat SPRM

Aspek pembanggunan yang dibawa oleh PKR adalah membina pusat maksiat di I CITY

Anak-anak yatim dari YBK menujukan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan selangor







Mereka membawa sepandok dan gambar Khalid Ibrahim bertanduk

 

Sekitar IPPD Shah Alam Selangor
Semasa laporan polis terhadap Menteri besar Selangor

                                                                                                                                               iembu dan

LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP AHLI PARLIMEN SHAH ALAM

 HARI INI


Kira-kira 30 orang pemuda UMNO Bahagian Shah Alam berada dihadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Dearah Shah Alam Selangor
Turut Kelihatan Ketua Pemuda UMNO bersama timbalannya



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam membuat kenyataan media dihadapan pintu masuk IPPD Shah Alam


Sebahagian ahli UMNO Bahagian Shah Alam bergambar selepas kenyataan media










Kenyataan media dari pergerakan pemuda UMNO Bahagian Shah Alam

Sekitar jam 1700 28/1/2010 Khamis.Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Shah Alam telah membuat satu lapuran polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam ,YB Khalid Samad

Laporan ini dibuat berikutan kenyataannya yang telah disiarkan oleh Malaysiakini.com
pada 21 hb Januari lalu melalui penulisan Jimadie Shah Othman.Dalam laporan yang ditulis oleh saudara Jimadie itu,YB Khalid Samad telah mengeluarkan kenyataan bahawa ''Enakmen Agama (Islam) yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.''Beliau telah mempertahankan hujahnya itu dengan mengatakan,,pada masa undang=undang itu diluluskan ,mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama(Islam) sehingga perlu dilindungi"enakmen yang di rujuk oleh Khalid ialah Enakmen Ugama Bukan Islam(Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri selangor 1988(''Enakmen tersebut''

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam ingin menegaskan bahawa enakmen telah dibuat dengan sempurna dan sah oleh Dewan Undangan Negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional
berdasarkan kuasanya dibawah Artikel 74(2) Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan persekutuan yang menyembut ''undang-undang negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang menganut ugama Islam




Kenyataan Khalid Samad juga telah secara terang-terangan menghina DYMM Sultan Selangor yang sebelum ini telah menitahkan penganut agama lain diharamkan daripada mengunakan perkataan ''Allah" dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.Khalid Samad Bukan Shaja telah Menghina DYMM Tuanku,namun beliau telah menghasut rakyat bukan Islam supaya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan dan menghina umat islam keseluruhannya

Kami memohon agar pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas Khalid Samad pada kadar segera menurut akta Hasutan,Kanun Kesiksaan Seksyen 298A atau Enakmen/Undang-undang berkaitan agama Islam Negeri Selangor
jika manusia durjana seperti Khalid Samad dibenarkan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti ini.kami yakin ianya akan menuju kepada suatu suasanan yang tidak harmoni,berpecah belah dan akan mewujudkan permusuhan dikalangan umat Islam dan bukan Islam

Jangan bermain api!" 





KUALA LUMPUR – Jangan berani bermain dengan api! Demikian amaran keras Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung insiden empat kepala babi hutan ditemui diletakkan di dua buah masjid di Masjid Imam At- Tirmizi, Taman Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun dekat sini, semalam.

“Amaran saya kepada mereka yang membuat perkara-perkara seperti ini, jangan bermain dengan api! Saya tidak mahu keselamatan negara kita tergugat.KLIK SINI


PKR tidak mampu bawa perubahan
PKR tidak mampu bawa perubahan



SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin tidak mampu menjadi parti yang akan membawa perubahan kepada politik dan pentadbiran negara sekiranya isu Zulkifli Noordin tidak dapat selesai dengan cara yang sepatutnya, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, Pas dilihat lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) secara terbuka. KLIK SINI
 
Nampaknya tuduhan Khalid Samad terhadap kupulan perarakan kepala lembu pada 28 8 2009 adalah bagi mencetuskan perkauman nampak sudah terkena batang hidunya sendiri

                   PESANAN PENAJA
JARI DAN MULUK JANGAN GATAL

Label: