Selasa, 10 November 2009

Beranikah ADUN Port Klang letak jawatan


Lebih kurang 30 penyokon Pakatan Rakyat Selangor.mengadakan demonstrasi aman di hadapan bangunan SUK .Agenda mereka adalah untuk mendesak ADUN Port Klang,Badrul Hisam Abdullah meletak jawatan agar Pilihanraya kecil boleh diadakan
Ketua Angkatan Muda PKR Selangor.Khairul Anwar berkata`AMK Selangor akan terus mengadakan siri bantahan dan demonstrasi sekiranya Badrul tetap enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
CCTV  berpendapat adalah lebih baik Badrul Hisam Abdullah meletak jawatan jika apa yang dikatakan oleh ketua AMK Selangor adalah benar
Berikut adalah kata-kata ketua AMK Selangor yang dipetik dalam sebuah portal
1-Badrul perlu meletak jawatan kerana mendakwa tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih dalam pilihan raya umum 2008.
2-ADUN Pelabuhan Klang itu juga telah beberapa kali tidak hadir sidang DUN
3-Badrul juga didapati tidak menghadiri mana-mana program anjuran PKR, manakala peruntukan untuk DUN tersebut juga didakwa "telah dihabiskan dengan cara meragukan."
Jika ADUN Pelabuhan itu letak jawatan .Adakah Umno/BN boleh menang dengan selesa.Bagi pandangan CCTV yang hanya Tahu memadang dalihat keadaan pemuda Umno/BN hari ini yang Kurang agresif terhadap perjuangan yang dikehendaki oleh pucuk peneraju parti ,sama adaNegara,Bahagian,cawangan
Jika menang sekalipun, bukanlah hasil kerja keras jentera,sebaliknya rakyat rasa jemu dengan kerajaan Selangor hari ini.Dengan erti kata lain rakyat protes sebagaimana pru 12 dahulu.Ia mungkin terjadi kerana kerajaan Selangor dilihat agresif bercakar sesama sendiri, bukan agresif menyelesaikan permasalahan rakyat ,jika adapun masalah lebih banyak dari apa yang dilengsaikan
Umno/BN Selangor hari ini dilihat oleh pemerhati politik atasan juga bawahan sebagai menanti Bola tanggung untuk menendang kearah gol lawan
Kelemahan-kelemahan luaran Pakatan rakyat selangor begitu jelas .Sbagai contoh CCTV masukan beberapa keping Photo kawasan  lapang yang berhampiran kawasan rumah flat di Shah Alam .Kawasan ini rumputnya menjangkau 10 inci hingga hampir 1 meter
CCTV sempat bertanya pada seorang pendudk.Siapa yang bertanggunjawab keatas peyelegaran kawasan lapang ini? Katanya: ini dibawah MBSA ,katanyanya lagi..Semasa kerajaan dahulu,rumput-rumput dikawasan ini sentiasa dipotong dalam jarak 1 bulan sekali dan padang ini dulunya sentiasa ada anak anak dari rumah Flat sekitar sini ,beriyadah ditanah lapang itu,..!! sambil tanganya menujuk kearah padang yang dimaksudkan

Inilah kawasan lapang yang dikatakan tempat kanak-kanak beriyadah



Difahamkan juga..sekarang pemotongan rumput setiap 3 bulan sekali.Apakah ini benar? Jika benar ia menampakan segala kebajikan yang dijanjikan dulu adalah cakap cakap jijik dari pemimpin PKR Selangor


Photo ini menunjukan beberapa kawasan diseksyen 24  Shah Alam
Agakanya..Kerajaan selangor ingin jadikan padang ragup pada lembu lembu yang diarak oleh para penternak di SUK pada 28/9/09



Umno/BN tak usah berharap untuk mengambil kesempatan keatas kelemahan pentadbiran mereka tampa usaha keras jentera parti
Dengan telus CCTV mengatakan dan kemungkinan ada yang tidak menyenangi artikal ini jika dibaca oleh beberapa pemimpin parti dalam Shah Alam ,kemungkinan besar dari Umno/BN
Kebanyakan anak anak muda dalam Shah Alam ini lebih mengenali Ketua Umno Bahagian dari Timbalan dan Naib
Mereka bertanya siapa timbalan ketua Umno dan Naib di Shah Alam ni..
Bukanlah Tugas CCTV untuk memberi tahu,Cuma ingin menginggati para pemimpin,,,Jika orang tak tahu nama`macamana orang nak bau minyak wangi yang dipakai atas brand  Umno
Jadi apa yang perlu dibuat ,tak mungkin CCTV  nak bagi plan,kerana yang menerajui kepimpinan Umno Shah Alam dah sarat dengan plan-plan.CCTV percaya plan yang dimaksudkan telah diceramah pada mereka Cuma yang tinggal lagi sikap siput itu masih diamalkan ,seolah-olah Umno/BN masih memerintah Selangor
Jika ini juga berlaku di Klang,Tak mungkin Badrul Hisam Abdullah akan letak jawatan bagi membolehkan peilihanraya kecil diadakan
AMK  Selangor perlu kerja keras bagi mempastikan perletakan jawatan Badrul Hisam Abdullah sebagai ADUN Port Klang.CCTV   rasa ketagih sangat pada  pilihanraya kecil selangor