Rabu, 14 April 2010

Hulu Selangor Mencabar Jentera Parti

Memperjuangkan nasib bangsa-bangsa yang ada kita tak perlu menyalahkan orang lain jika kita perlu berjaya

sudah dua hari disana cukup memeritkan jentera parti yang bertugas,bukan sahaja kawasannya yang luas ,bahana mentari terik juga adalah cabaran geter buat semua jentera parti

Semua warong dibandar  baru Batang kali penuh,Tokeh-tokeh warong juga segala jenis perniagan Tokeh-Tokehnya senyum kerana yang datang juga sejenis tokeh sementara atau poket tebal sekejap dimusim perayaan prk ini

Soal menang kalah no 2//tetapi soalnya jentera parti umno selangor baru nampak 2 tiga ekor ,itupun berok-berok yang berumur,dimana pemuda yang dikatakan,sedia menyanggah segala rintangan dalam memperjuangkan Agama.Bangsa.Tanah Air

Semasa buat kunjungan rumah kerumah dikawasan bandar batang kali.difahamkan..pihak pkr sudah buat ceramah sudah 3 kali dan malam tadi ketua pembangkang negara DSAI menyampaikan ceramah,kehadiran boleh menggigilkan gigi para pejuang UMNO Yang masih tidur
 
 Jentera umno menziarahi penduduk sekitar bandar batang kali.bagi mengeratkan lagi silaturahim yang sekian lama terikat.Apa yang sedihnya..rata-rata penduduknya masih dalam dilema kemiskinan yang dapat dirasai oleh sesiapa yang melihatnya
Sungguh makcik mengharapkan pada kamu semua sampaikan hak kami kerana kami sentiasa menyempurnakan hak sebagai rakyat yang sentiasa menyokong Kerajaan ..Janganlah setelah meneng kau orang hanya menerima kemenangan sebagai tempat mencari kemewahan,dan kami mengaut segala kekecewan dari pemimpin yang tak bertanggung jawab Prk kali ini dijangka panas kerana level 50 50 nampak dilihat dengan jelas Apakah BN Kali ini dapat menawan parlimen Hulu Selangor dengan selesa atau menerima kekalahan sebagai menambah derita sengsara