Sabtu, 13 Februari 2010

Ahli Parlimen Shah Alam cakap tidak seperti buat kerja

Apa yang saya cerita adalah dalam kawasa orang dalam gambar
iatu Yb Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga Shah Alam



 Ahli Parlimen Shah Alam Selangor
 Yb Abdul Khalid Samad


Shah Alam yang dicanang oleh kerajaan pkr  untuk dijadikan bandaraya contoh adalah satu pekara seumpama mimpi dalam mimpi yang tiada berkesudahan
Yang dilihat bertambah sekarang adalah rumah urut urat sedap, belikat tak hilang sakit

Dari awal lagi  dilihat terpesong perjuangan mereka ini,Selangor halal Hub telah diharam Hubkan dengan 100 juta projek Babi

Segala janji pru 12 sekuku hitam sahaja yang ditunaikan.Bangsa sendiri dipinggirkan,sanggup bergaduh dengan rakyat untuk membangungkan rumah ibadat agama lain dalam kawasan yang tak disetujui oleh kebanyakan penduduk
                                                                                                                                                                           Yang disalahkan adalah kerajaan dahulu jika mereka tidak Berjaya lengsaikan.begitu juga firaun menyalahkan nabi Musa kerana pengiksudah percayai ajaran tauhid nabi Musa
Apakah ini mereka ingat tiada rakyat yang sedar dan bangun dari lena diulik mimpi bersama janji manis pru 12.Namu hampas tebu pun lagi berharg
Lihatlah Kawasan Dalam Parlimen Shah Alam ini(photo)
                       Jalan Bayam 24/4 seksyen 24 Shah Alam
                             Apakah ini satu kebajikan untuk rakyat?
                             boleh kah rakyat yang mengudi pkr 
                             menerima keadaan begini.

Selama pkr memerintah kawasan ini dibersihkan hanya sekali sahaja
Lokasi ini adalah jalan Timun satu Seksyen 24 Shah Alam Selangor


Ini pun dijalan Timun Satu
Kawasan ini penduduk kerap membersihkannya
 kerana kerap terjumpa ular


Ini jalan masuk ke Blok 43 - 44 seksyen 24
keadaan rumput tidak
 dipotong,namun pemimpin
 bercakap lebih panjang dari rumput



Yang ini pula..hanya dibersih tepi -tepi saja
namun tengahnya fikirlah!!! 
bagai mana panjangnya
 pula rumput
Apa yang anda lihat ini adalah berhampiran
 jalan Timun B.24/B Seksyen 24 Shah Alam



ini pula adalah bersebelahan dengan apa 
yang dilihata dalam photo diatas


Tempat riadah ini amatlah daif.namun pengikut pengikut yb mereka sudah ada yang sedang perbesarkan rumah
Tengoklah betapa berkebajikan kerajaan pkr sekarang


Namun Khalid Samad bila bercakap seolah-olah dia cukup mantap diparlimen Shah Alam.oleh itu janganlah percaya dengan lidah Biawak Khalid Samad


kata-kata beliau

ini terbukti slogan Bersih, Cekap Amanah pada era Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencapai sasaran, begitu juga Bekerja Bersama Saya dicipta Tun Abdullah Ahmad Badawi juga tersasar.
Dan lebih malang lagi apabila hanya 100 hari pertama di bawah Dato' Seri Najib Razak slogan diciptanya Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sudah dipersendakan rakyat.
Anggota parlimen Shah Alam, Ir Abdul Khalid Samad berkata, sejak awal pemerintahan kerajaan BN sehingga sekarang sudah berpuluh kali bertukar slogan.
Sila klik ini untuk membaca kata khalid samad

Dan seterusnya buat penilainya dalam otak saudara dan saudari pelayar blog ini.selepastu pasang niat pru 13 nanti untuk undi BN








Ahli Perkasa, UMNO serah memorandum kepada MB Selangor



Ahli Perkasa, UMNO serah memorandum kepada MB (sumber) klik biru

SHAH ALAM – Hampir 1,000 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) dan UMNO Selangor berhimpun dan berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam untuk menyerahkan memorandum berhubung isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada Kerajaan Negeri.

Kira-kira jam 2.15 petang semalam, peserta mula berkumpul selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum berarak ke arah pintu masuk Bangunan SUK.

Selain berarak sejauh lebih satu kilometer, peserta turut melaungkan kata-kata “Hidup Melayu” dan “Daulat Tuanku” sebelum berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan itu.

Antara isi memorandum berkenan termasuk mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyalah guna peruntukan kanun tanah berhubung isu tapak kampus Universiti Tekonologi Mara (UiTM) di Serendah, dekat sini.

Tindakan Khalid memulangkan bayaran cukai tanah RM5.4 juta yang tertunggak kepada YBK juga dilihat sebagai satu cara Kerajaan Negeri merampas tanah dan hak YBK yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan kampus berkenaan sebelum ini.

Memorandum kemudian diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad di pintu pagar Bangunan SUK oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus.

Turut serta dalam perakan penyerahan berkenaan ialah Presiden Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali dan Yang DiPertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansur.

Abdul Shukor yang ditemui berkata, tindakan Khalid itu dilihat sebagai satu tindakan balas dendam setelah permintaannya untuk menerajui YBK ditolak baru-baru ini.

“Kita akan tentang perkara ini habis-habisan demi kepentingan orang Melayu terutamanya penduduk di Hulu Selangor. Tindakan beliau (Khalid) juga amat merugikan rakyat Selangor secara amnya.

“Ini merupakan satu bentuk kezaliman kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Kita mahu hak tanah berkenaan dipulangkan semula pada YBK,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, perarakan dan perhimpunan semalam menggambarkan perasaan rakyat yang membantah sikap angkuh dan sombong Kerajaan Negeri kerana tidak menerima bayaran cukai tanah dibayar YBK itu.