Ahad, 29 November 2009

Kuil Tak Selesai lagi

 
 
Penduduk Islam kawasan berhampiran Kuil Hindu,
Seksyen 19 Shah Alam.
Surat terbuka kepada :
NGO Islam yang prihatin &

Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam
MOHON BANTUAN AGAR PEMINDAHAN KUIL MAHAMARIAMAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM DISEGERAKAN OLEH KERAJAAN PR:
Dengan hormatnya kami merujuk masalah di atas.
2. Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kuil Seksyen 19 Shah Alam berharap campur tangan pihak NGO Islam dan semua pemimpin Islam membantu penduduk berhampiran yang telah lama berusaha mohon kepada pihak berkuasa agar kuil Hindu Mahamariaman dipindahkan dan bangunan kuil haram disitu dirobohkan. Penduduk kecewa dengan dasar Pakatan Rakyat, “Tiada kuil baru, dan tiada kuil yang di roboh.” Sila rujuk surat yang keluar dalam blog YB Khalid Samad pada 19/08/2009. Ungkapan yang sama telah disebut juga oleh YB Dr. Xavier yang boleh disemak melalui You Tube, bertajuk “Pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23.” Menurut YB Dr. Xavier, kuil yang dibina sebelum tahun 2008 tidak akan diroboh. Penduduk bimbang pihak Hindu Kuil akan menggunakan dasar itu untuk bertahan di Kuil Seksyen 19 dan tidak akan membenarkan kuil itu dirobohkan. Kalau begitu keadaannya kuil itu akan terus diaktifkan dan kekal disitu. Usaha sebahagian penduduk Islam disini yang menuntut kuil itu dipindahkan menjadi sia-sia sahaja. Kenapa pihak PKNS tidak menunaikan janji untuk pindahkan kuil?. Janji yang dibuat kepada penduduk yang telah membeli rumah-rumah disini 21 tahun lalu.
3. Pada hari Ahad 22/11/2009 ada kerja-kerja membuat tempat bertangga yang dibuat untuk upacara kuil yang pastinya akan diadakan dalam masa terdekat. Penduduk Islam akan buat bantahan jika gangguan bising berlaku lagi. Penduduk Islam sudah terlalu banyak membuat aduan dan bantahan kepada pelbagai pihak. Merujuk kepada surat dalam blog YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, pada 12/01/2009, “Pihak kuil sudah bersetuju untuk berpindah. Sambil menunggu mereka tidak tidak dibenarkan membuat apa-apa pembinaan dikuil tersebut.” Jadi dimana ketegasan pihak berkuasa? Pada 14/12/2008 dan 21/12/2008, mereka telah membesarkan bilik-bilik dikuil itu, pada 08/02/2009 mereka buat tandas dan bilik air dibelakang kuil berdekatan Jalan Tangsi 19/25. Pada hari Ahad 15/11/2009 ubahsuai kuil telah dibuat lagi. Sepanjang hari itu Pengurusi dan orang-orangnya bertukang, menyimen dan memasang atap baru dikuil itu. Jika gelanggang tidak dibina disitu pasti banyak lagi kawasan yang mereka ceroboh untuk besarkan lagi kawasan kuil. Walaupun sudah ada dua papan tanda notis dilarang menceroboh, realitinya, Tanah Milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu terus diceroboh kerana pihak Kuil Hindu tidak pernah didakwa oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
4. Menurut surat keputusan mesyuarat pemindahan kuil Seksyen 19 ke tapak baru di Seksyen 23 yang di tanda tangani oleh YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam dengan wakil kuil pada 07/05/2009, kuil Seksyen 19 dibenarkan terus beroperasi sehingga akhir tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap untuk digunakan. Pemindahan ke Seksyen 23 yang terletak 100 meter daripada kawasan perumahan penduduk Islam telah dibatalkan kerana bantahan penduduk Islam Seksyen 23. Maklumat daripada pihak media selepas itu kuil akan dipindahkan ke tapak baru 500 meter daripada kawasan perumahan penduduk Seksyen 23. Penduduk Islam bimbang pihak kuil tidak mahu keluar daripada kuil Seksyen 19 selepas tapak disediakan untuk mereka disitu siap. Mereka enggan berpindah ke Seksyen 18 selepas arahan pindah dikeluarkan oleh PKNS pada 16/09/2003. Apabila pemindahan ditangguhkan, kegiatan mereka dikuil bertambah aktif, selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Ubahsuai membesarkan kuil dibuat sedikit demi sedikit sebelum mereka buat keramaian. Pada tahun 2006 kuil besar sudah ada 3 bilik, kuil kecil dibawah pokok dan tandas dikawasan terbuka. Pada tahun 2007 kuil sudah mempunyai 5 bilik. Semasa kerajaan Barisan Nasional dahulu, maklumat yang diterima oleh penduduk Islam, pemimpin kaum mereka sering campur tangan apabila penguatkuasa MBSA bertindak ke atas kuil itu.
5. Penduduk Islam tempatan sudah berusaha dengan pelbagai cara mohon kepada pihak berkuasa agar kuil itu dipindahkan dari kawasan majoriti penduduk Melayu Islam. Aduan telah dibuat sejak tahun 1988 hingga terkini 2009 kepada Menteri Besar Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Adun-Adun, Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Bandar Shah Alam, Pengarah Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, PKNS Shah Alam, dan Pengurus Besar PKNS. Penduduk terpaksa menghantar bantahan kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/07/2006 semasa ubahsuai dibuat besar-besaran selepas bekalan air dimasukkan pada bulan Jun 2006. Selepas aduan dua papan tanda telah dipasang di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25 “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa.”. Pada tahun 2007, penduduk terpaksa mohon campur tangan pihak luar apabila gangguan berterusan dan ubahsuai terus dibuat. Malah semakin banyak aduan dibuat, kuil menjadi semakin besar dan aktif. Aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah Malaysia pada 27/07/2007. Selepas campur tangan kedua-dua jabatan itu, pada 29/12/2007 penduduk menerima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA, akan dipindahkan ke Seksyen 22.
6. Pada bulan March 2008 selepas kerajaan negeri bertukar daripada BN kepada PR, penduduk Islam meminta bantuan daripada kerajaan baru masalah kuil diberi perhatian. Namun hampa kerana pemindahan ke Seksyen 22 telah dibatalkan oleh pemimpin baru kerajaan Pakatan Rakyat dengan alasan tapak itu jauh ke dalam dan berhampiran kawasan Industri berat. Sikap tolak ansur pemimpin Islam dengan pihak Hindu kuil telah menyebabkan penduduk Islam Seksyen 19 menghadapi pelbagai gangguan yang dihadapi semakin hebat. Semasa Barisan Nasional dahulu, gangguan sekejap ada, selepas aduan akan berhenti sekejap, selepas itu berulang kembali. Tetapi selepas April 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat, keramaian bergendang sudah melepasi waktu tengah malam, mereka sudah berani membuat pelbagai ugutan kepada penduduk, gangguan pemuda India membuat bising, melepak dan mabuk di kawasan berhampiran Jalan 19/28. Aduan dan perjumpaan dengan pihak berkuasa sudah dibuat tetapi tidak ada perubahan pun. Pihak kuil semakin berani mengganggu kawasan orang Islam.
7. Penduduk terpaksa mohon bantuan pihak luar sekali lagi. Selepas campur tangan NGO Islam keadaan bising berkurangan sedikit. Tetapi YB Khalid Samad telah menuduh NGO datang membuat provokasi kepada pihak kuil yang di dalangi penyokong UMNO. Lebih teruk lagi provokasi itu dikatakan kerana pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Kenapa beliau membuat tuduhan tanpa usul periksa kenapa penduduk minta bantuan pihak luar? Pihak Hindu Kuil yang sering membuat provokasi kepada penduduk Islam beliau sokong pula. Kenapa beliau tidak beri perhatian kepada aduan penduduk kerana masalah kuil itu sudah diberitahu kepada beliau dalam perjumpaan di dewan masjid Ubudiah, Seksyen 19. Malah salinan lapuran polis penduduk yang diugut pada 26/07/2008 pun sudah diserah kepada beliau pada malam 09/08/2008. Kenapa YB Khalid Samad lebih bersimpati kepada pihak Hindu Kuil?. Sila rujuk dalam blog beliau pada 10/01/2009 dan 12/01/2009 pelbagai tuduhan beliau buat kepada pihak NGO Islam yang membantu penduduk Islam Seksyen 19. Pada 18/08/2009 NGO Islam disindir pula sebagai Kaki Perhangat dan Hero Melayu. Penduduk Islam yang keluar semasa YB Khalid Samad bertegang leher dengan NGO kecewa sikap YB Khalid Samad yang bersikap pro Hindu Kuil.
8. Wajarkah penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kuil disindir oleh seorang wakil rakyat daripada parti Islam? Menurut surat YB Khalid Samad dalam blognya pada 30/08/2009, “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”
Akhir kata kami mohon campur tangan pihak NGO Islam dan pemimpin Islam yang prihatin untuk membantu penduduk berhampiran kawasan kuil. Kami merayu agar perkara ini diberi perhatian yang serius kerana masalah ini telah berlarutan begitu lama. Pihak kuil memang selesa untuk terus kekal dikuil itu, seperti yang mereka beritahu kepada YB Khalid Samad. Rujuk surat yang keluar melalui blog beliau pada 18/08/2009, dan rujuk juga ulasan yang dibuat oleh YB Rodziah Ismail melalui Harakah keluaran 04 - 06/09/2009. Kami percaya pasti ada sebabnya kuil yang dahulunya kecil dan usang itu diubahsuai, dibesarkan dan sudah mempunyai banyak bilik, dimasukkan bekalan elektrik dan air, dimasukkan lampu-lampu, barang-barang dan pelbagai lagi. Selepas bilik air dan tandas yang dibuat pada 08/02/2009 itu siap, seorang sami telah dibawa masuk dan tinggal di sebuah bilik yang telah dibesarkan pada 14/12/2008. Sepanjang 20 tahun yang lalu tidak pernah ada sami tinggal di situ, tetapi kini sudah ada penjaga tetap dikuil itu. Sami kuil sering mengganggu penduduk apabila memasang lagu-lagu Hindu pada awal pagi dan waktu menjelang Maghrib hingga ke malam. Walhal pada masa ini tiada penduduk India tinggal berhampiran yang hendak mendengar lagu-lagu itu. Sekian dimaklumkan. Diharap masalah ini dapat perhatian semua pihak. Terima kasih.
Salam daripada : Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam.


Cctv bukan benci bukan dengki dan bukan tak setuju dengan mohon bantuan dari NGO Islam untuk membantu isu kuil diseksyen 19 Shah Alam 


Apa yang hendak dipersoalkan..adalah sikap penduduk disitu tak boleh bersatu hati untuk menggukit banggkit hal kuil,, hanya dok main Email dan blog sahaja ..malah lebih suka bercakap dari bertindak


Pekara seumpama ini cctv melihat `adalah amat lemah untuk orang lain membantu isu kuil dikampung mereka..ini terbukti jelas ketika PEWARIS buka gelanggang silat dibersebelahan kuil yang dimaksudkan..""mana orang kampung""..Hal ini jangan dinafikan..kerana cctv berada disana seharian  ketika itu

Mana pemuda pemuda disana??..Mana ahli ahli agama disana? takkan dah kena dengan pemimpin pas dan pkr


Jika peragnai sebegitu eloklah kekalkan kuil disitu,,,selepas tu pakat pakat dok cakap dikedai kopi

Mengadu dengan Khalid Samad ..dia jawab ini masaalah kerajaan lama..bukan masaalah dia.. 
dan kau orang terloponglah jawabnya