Khamis, 18 Mac 2010

http://www.youtube.com/watch?v=HyUDCe4L7Qc&feature=player_embedded
 
ZAHRAIN meroyan tahap cipan di PARLIMEN siang tadi..!!

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Sidang Dewan Rakyat yang masuk hari ketiga hari ini hangat apabila Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim mengecam bekas ketuanya sambil meluahkan rasa kecewa beliau dan mendakwa PKR menjadi hamba kepada DAP.

Dalam ucapan sulungnya selaku wakil rakyat Bebas, Ahli Parlimen Bebas menggunakan peluangnya untuk mengecam Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau telah menipu peristiwa 16 September akan benar-benar berlaku.

Zahrain juga mendakwa ketika itu beliau diyakini bahawa Penasihat PKR itu telah memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Kami telah ditipu dengan cerita bahawa Agong menunggu di istana... menunggu untuk mendapatkan pengesahan bahawa sudah ada sejumlah Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan kami ada cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Agong juga dikatakan telah memberi perkenan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai perdana menteri, kata beliau dengan diiringi suara ooh dari kalangan anggota Dewan Rakyat.

Suara menyokong dan membantah kedengaran apabila Zahrain meneruskan ucapannya.

Penyokong-penyokong pembangkang pula mengambil peluang untuk mendakwa Zahrain dibeli oleh BN manakala Anwar pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa bekas ketua PKR Pulau Pinang itu hanya berminat untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.
Category:  News & Politics
Tags: 
Memperjuangkan nasib bangsa-bangsa yang ada kita tak perlu menyalahkan orang lain jika kita perlu berjaya