Jumaat, 18 September 2009


PostHeaderIcon RM2,000 Harga Maruah Islam dan Melayu di Bawah PAS Selangor

teresa
Sepuluh tahun lalu saya menulis di dalam Utusan Malaysia betapa orang melayu yang menyokong Pas dan cakap berdegar-dengar mengenai Islam sebahagiannya bukan sahaja lebih buruk daripada ahli UMNO malah tidak segan silu akan menjual maruah agama jika perlu demi kuasa dan harta benda.

Sebab itu saya tidaklah begitu hairan apabila Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad,  menjadikan gereja tempat beliau untuk berucap dan menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Sebelum ini kita membaca dalam Sinar Harian betapa Pas merestui satu majlis oleh Teresa Kok di Kinrara yang menarik orang Melayu masuk DAP. Namun ini hal kecil jika dibandingkan dalam Majlis yang sama Teresa Kok memanggil wakil Gereja Eaglepoint di Puchong untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai RM2,000 kepada keluarga Melayu mangsa kebakaran.

Apa sudah bangkrapkah Selangor ini seperti yang di dakwa oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sehinggakan bantuan kebakaran terpaksa diberi melalui Gereja?

Apakah pemberian ini bukan unsur pendakwahan Kristian ke atas orang Melayu?

Bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika Barisan Nasional memerintah Selangor. Sudah tentu penuh ceramah Pas seantero Malaysia mentaghutkan pemimpin UMNO.

Pas Selangor harus menjawab mengapa penduduk Islam tersebut perlu diberi bantuan oleh Gereja sedangkan Selangor mempunyai kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit setahun.

Jika pun benar Gereja tersebut mahu memberi bantuan mengapa pula ia harus dalam majlis rasmi EXCO kerajaan Negeri Selangor?

Apakah ini bukan terdapat satu gerakan terancang menyebarkan agama Kristian di dengan restu Pas sendiri?

Bagi orang Melayu yang hadir dalam majlis tersebut menerima bantuan Gereja Kristian dan juga membuka cawangan DAP, apakah semurah itu maruah agama dan bangsa bagi mereka?

Pas hanya tahu mencari salah UMNO seolah-olah mereka maksum. Namun apabila berhadapan dengan bukan Islam dan bukan Melayu mereka menjadi seperti "barua" sahaja.

Hari ini apa sahaja yang honar dan kesyaitanan DAP, Pas akan mencari dalil-dalil menghalalkannya.

Apakah maruah Pas lagi apabila Nik Aziz menggalakkan orang melayu menyertai DAP, sebuah parti yang dipimpin oleh seorang Peguam yang pernah berkata "Langkah Mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam?"

Selepas ini jangan lagi Pas melalak dan melolong soal Islam, soal akhlak dan moral orang lain sedangkan mereka sendiri bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam. - mykmu.net
summber