Jumaat, 22 Januari 2010

Hussein Ahmad minta layanan seks untuk permit pasir?



MYSTERY:
Posted on Friday, January 22 @ 19:21:33 MYT
Topic: Blog dan Portal

Menunggu ditahan atau appontment dengan ayam yang nak permit pasir?

Exco yang mempengerusikan jawatankuasa yang jaga sumber alam termasuk pasir adalah ADUN Batu Anggerik dari PKR, Yaacob Sapari. Sejak raid besar-besaran hari Rabu, dia sudah memulakan skrip wayang biasa pembangkang untuk mencurigakan operasi SPRM.

Sesuatu yang Yaacob tidak boleh lari adalah komplen atas salahlaku terhadap SEMESTA, syarikat yang dirancang Khalid untuk menerajui industri pasir, baru dan galian Selangor sudah lama berlaku. Ini bukan cerita baru tetapi dah masuk dua tahun punya cerita.

Ini pasti sesuatu yang memalukan untuk Yaacob yang mempunyai peluang sedikit untuk menggantikan bossnya Khalid yang bagaikan Humpty Dumpty menunggu tumbang. Tangkapan besar-besaran SPRM ini pastinya merosakkan peluangnya dimata rakyat kerana portfolio pasir, batu dan galian jatuh bawahnya.

Hussein Ahmad, Setiausaha Peribadi Yaacob telah ditahan untuk soalsiasat oleh pasukan lima orang SPRM yang diketuai oleh Superintendent Prem Raj Victor bersama dengan dokumen-dokumen berkenaan pasir oleh kerajaan negeri.

Dia kini ditangkap atas laporan bahawa Hussein telah meluluskan projek pengambilan tanah dan taukeh-taukeh pasir ini sudah sponsor perjalanan melancong ke China.

Sepatutnya pihak kerajaan PKR Selangor tidak seharusnya membuat sebarang kenyataan akhbar ketika penyiasatan sedang dijalankan kerana ini akan mengacau perjalanan penyiasatan.

Nampaknya Yaacob tidak mahu bekerjasama dalam menangani rasuah dan kecaman rasuah terhadap BN hanyalah retorik dan gimik Pakatan Rakyat.

Dia telah cuba menyelamatkan pegawainya dengan menyatakan pada akhbar bahawa pejabatnya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan pasir. Itu hanya kuasa syarikat Semesta.

Katanya lagi, perjalanan Hussein ke Hangzhou dan Beijing dibiayai oleh kerajaan negeri dan sebuah Kelab di bawah Sekretariat kerajaan negeri. Dia yakin mereka mempunyai dokumen untuk membuktikan Hussein tidak bersalah dan bertujuan politik untuk memalukannya.

Sebenarnya Hussein ini turut terlibat meminta perkidmatan seks dari taukeh-taukeh pasir. Kami tidak pasti samada taukeh itu sendiri yang sedia adakan hubungan seks dengan Hussein atau taukeh ini menyediakan amoi-amoi untuknya.

Menurut bualan dari kalangan orang-orang PKR berkata Hussein adalah seorang duda. Dia bukan seorang yang bercampur. Sering terlalu berahsia. Dia tidak banyak bercakap dan tidak mesra. Sudah tentu kawan tidak ramai dan hanya bersendiri.

Apabila ditanya bukankah itu cara profesyenal sebagai Setiausaha Perbadi pada seorang Exco kerajaan negeri, kata mereka, caranya lebih macam orang yang "makan sorang".

http://theunspinners.blogspot.com/