Selasa, 16 Februari 2010

Pelajar UiTM ,,,Mohammad Bakri yang dilangar ADUN dalam keadaan stabil

Jika diamati keadaan Mohamad Bakri Mohd Bazli mangsa yang terbabit dalam kemalangan motorsikal minggu lalu berada dalam keadaan stabil dan sihat namun ingatan masih belum pulih 
Semasa penulis dan rakan  melawat beliau dihospital kelang, bapanya ada disisi Mohamad Bakri manakala ibunya difahamkan telah balik kampung untuk beberapa hari.
Syukur Allhamdullilah kerana penulis dapat melihat sendiri keadaan Mohamad Bakri, pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur di UiTM Shah Alam telah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pancuan empat  roda yang dipandu olih Ng Suee Lim  dipersimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7, Shah Alam, minggu lalu, menyebabkan mangsa cedera parah dikepala 
Penulis hanya meminta bapa Mohamad Bakri banyak-banyak bersabar dengan dugaan Allah.Penulis juga sempat merenung wajah bapak Mohamad Bakri dan kelihatan beliau adalah insan yang tabah menghadapi ujian Illahi
Kepada Muslimin muslimat marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Mohamad Bakri serta Seluruh Ahli keluarganya agar tabah menghadapi ujian yang sedang dialami,berilah bantuan kebendaan selain dari doa dan keraplah bertanya khabar muga dengan cara itu dapat melegakan ahli keluarganya yang sedang diuji Allah





0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama