Isnin, 18 Januari 2010

Jais dan Mais siapa yang sokong

Ceramah Khalid didakwa hina Sultan

SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengeluarkan kenyataan mempersoalkan keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membabitkan isu penggunaan kalimah Allah mendorong Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis terhadap beliau kerana didakwa menghina Sultan.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam berikutan kenyataan Khalid melalui media dan satu ceramah baru-baru ini.


Ketua Pemudanya, Azhari Datuk Shaari berkata, ceramah terbabit yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kota Damansara seperti tidak lagi menghormati peranan Sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan di negeri ini.

Menurutnya, ia juga seperti mahu menghasut rakyat tidak lagi menghormati peranan Sultan sebagi Ketua Agama Islam Negeri Selangor seperti dalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

“Pemuda UMNO di Shah Alam terutamanya begitu bimbang dan gusar dengan kenyataan terbabit selain menghina Sultan ia juga boleh menjadi hasutan serta punca perpecahan umat Islam kerana perbezaan pendapat.

“Saya harap perkara ini tidak perlulah ahli politik membuat keputusan kerana kita ada institusi yang boleh membuat keputusan berkenaan hal ini iaitu Jais dan Mais, “ katanya.

Sementara itu, semasa laporan terbabit dilakukan ia juga turut dihadiri oleh beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli persatuan belia yang berharap polis membuat siasatan serta mengambil tindakan lanjut.

Azhari menyatakan, beliau juga kesal dengan tindakan Khalid yang membuat kenyataan menuduh Jais dan juga Mais menjadi dalang dalam isu penggunaan kalimah Allah ini,

Katanya, beliau begitu terkilan kerana sebagai ahli politik, Khalid tidak wajar menuduh Jais dan Mais sedemikian dan seperti mahu mengheret institusi terbabit ke kancah politik negeri ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan Khalid macam mahu mencabar, memperlekah serta mempertikaikan peranan yang dilakukan institusi berkenaan, “ katanya.

NGO Shah Alam perlu sokong JAIS DAN MAIS Jangan dibiarkan mereka sendirian

Biar pun asyik muka sama yang keluar akhabr dalam isu cabaran khalid Samad pada JAIS dan MAIS Ia harus diteruskan jua walaupun ada yang bercakap asyik muka tu sahaja yang keluar surat khabar


Habis siapa yang nak buat? kalau bukan mereka.yang lain bolehlah diibaratkan batang hidup,sekali dipegang sekali hidup,dari jenis hawa pula ibarat ikan pari..sekali dijolok sekali terangkat buntutnya


Saya bukan kerana rakan taulan,kebenaran haruslah dicernakan dahulu sebelum mata melihat naik berbulu.Sungguh perjuangan ini bukanlah sekadar jawapan ,"aku dah buat kerja" namun kerja yang ada haruslah diteruskan sampai bila-bila


Sebaiknya para pejuang mesti ada perinsip hidup , agar nama baik diri dapat disedekahkan pada orang lain yang akan datang .Jika para pendakwah yang soleh begitu juga Da`ie selalu berdoa Pada yang maha Esa ''Ya Allah ! Saksikanlah bahawa nama baiku telah aku sedekahkan kepada orang" Begitulah mereka yang ikhlas berjuang,tampa rasa silu melakukan kebajikan dan diserahkan pada Allah bulat-bulat segala apa yang dilakukan


PemudaUMNO/WANITA/PUTERI/NGO BERDAFTAR/Orang perseorangan harus menyokong JAIS dan  MAIS dengan menghantar memorandum pada mereka.

Selamat berjuang

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama